Program Jom Ke Perpustakaan 2025
19 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2025, NADI dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah berkerjasama menjayakan Program Jom Ke Perpustakaan yang diadakan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Antara NADI yang terlibat dalam menjayakan program ialah NADI Tambun Tulang dan NADI Batas Lintang.
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program berlangsung antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti, pertandingan memancing di sekitar kampung Tambun Tulang, pertandingan teka berat buku, cabutan bertuah dan aktiviti sukan kepada kanak – kanak Tadika Islam Tambun Tulang.
Tujuan ia diadakan adalah memberi pendedahan tentang kemudahan yang disediakan oleh NADI dan pihak Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan asas kesihatan kepada komuniti kerana mencegah lebih baik dari merawat.
Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk mempromosikan NADI bagi menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: